Friday, September 21, 2012

Dugaan berkebun

Tajuk entry penuh dramalah sangat kan? Hahahaa

 
Inilah masalahnya bila hobi bertanam. banya sangat penyakit yang kadang2 buat kita rasa lemah semangat dan malas nak ambil peduli. Pokok lada, bendi & daun limau purut ni ada 3 jenis penyakit yang berlainan.



Kalau diperhati, daun limau purut ni boleh nampak urat2nya. daunnya berwarna hijau terang sedangkan urat2nya hijau gelap. penat dah fikir rasa macam alien pula boleh tengok urat2 dalam tu kan. haha. mungkin kekurangan baja (itupun selepas saya membaca blog tanamsendiri. saya dah beli baja nitrogen (tak silap) tapi macam takde perubahan pulak.



Ini pula daun bendi. kalau daun baru, cantik dan elok jek tapi bila dah besar sikit boleh nampak daunnya bertompok2 dan lama kelamaan tompok2 tu akan jadi berlubang2. umpama macam daun ni terbakar. mula2 habis dicantas daun2 tu semua. yelah takut disebabkan parasit ke apa kan. sudahnya bendi tu togel jek tak berdaun. bila tumbuh daun baru cantik jek. hati saya pun berbunga2. ingatkan usaha berhasil. tengok2 jadi balik. dah cari siapa empunya badan yang buat ni tapi tak nampak apa pulak.




Ini pula pokok cili. Cili jenis ni dibeli di nursery disungai buloh. cili ni jenis yang medium panjang. bukan pendek macam cili padi bukan juga sepanjang lada. Nama memang tidaklah saya tahu. Tahu membeli je selama ni. Masa jumpa pokok ni punyalah kami gembira sebab susah nak cari! tapi bila bawak balik berpenyakit pulak. Daunnya bertompok2 kuning dan rapuh, mudah gugur walaupun hijau! 

PELIK SUNGGUH.

Buahnya pula walaupun membesar tapi bila dipegang terasa "kosong". Double pelik. Agak-agak apa penyakit pokok2 saya ni yer? Terasa sayang pulak kalau nak dibiarkan. Terutama bendi tu. Penat membela dan tunggu dia membesar.

3 comments:

  1. try letak companion plant kat bawah spt daun sup (chinese celery), lemon basil or coriander. Yg tu bugs x suka, boleh selamat tanaman belah atas (so far it works for me..)

    ReplyDelete
  2. Pokok-pokok tu berdekatan ke? Berjangkit?
    Elok juga cuba macam Lynn komen.

    ReplyDelete
  3. Dari gambar di atas, tekaan saya ialah kekurangan zat besi. Ini disebabkan oleh pH tanah yang terlalu tinggi. Ini dapat diselesaikan dengan menambah berlerang (sulfur).

    Iskandar
    tanamsendiri.com

    ReplyDelete